Sabtu, 3 Ogos 2019

Imam Mahdi Menurut Pandangan Ahlus Sunnah

ERA ALMAHDI - Di dalam membicarakan berkenaan kemunculan Imam al-Mahdi, para ilmuan terbahagi kepada beberapa pendapat:

Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) sesame mereka dalam isu al-Mahdi. Akidah mereka sama dan bertepatan dengan hadis-hadis sahih yang telah kita nyatakan.
Di sisi Ahli Sunnah, Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman.
Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini.

Berkata al-Allamah Ibn Khaldun: Ketahuilah bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya, bahawa tidak boleh tidak di akhir zaman kelak akan kemunculan seorang lelaki dari kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan, dan diikuti oleh kaum muslimin, dan beliau akan menguasai ke atas kerajaan-kerajaan Islam.

Beliau dinamakan sebagai al Mahdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membunuh Dajjal atau Isa turun bersama-samanya (al Mahdi) lalu dia membantunya untuk membunuh Dajjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-Mahdi semasa solatnya.

[Muqaddimah Ibn Khaldun. Hlm. 555]

Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1824-bayan-linnas-siri-43-imam-mahdi-menurut-pandangan-ahlus-sunnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan